Kita kini berada di zaman yang pernah di ishtiharkan oleh Rasulullah S.A.W. sebagai zaman yang amat ditakuti oleh Baginda.Di zaman yang di ishtiharkan itu , berlaku perkara-perkara yang disebut baginda di dalam Hadith yang di riwayatkan oleh ‘Ibn ‘Abbas r.a. bahawa akan berlakunya kejadian-kejadian berikut:
- Solat diabaikan
- Kehendak nafsu syahwat (seks ) digalakkan
- Penjenayah menjadi pemimpin
- Yang hak dan batil menjadi samar-samar sehingga sukar untuk di bezakan
- Berdusta menjadi satu keperluan
- Zakat dianggap sebagai beban
- Orang beriman ditindas dan tidak mampu untuk mencegah kemungkaran
- Hujan yang turun yang sepatutnya menjadi rahmat kini tidak lagi menghasilkan apa-apa (hujan yang turun ialah hujan asid akibat pencemaran perbuatan manusia)
- Lelaki berzina dengan lelaki (homoseks / gay )
- Perempuan berzina dengan perempuan ( lesbian )
- Wanita menguasai lelaki
- Anak-anak menderhaka kepada ibu bapa
- Kawan–kawan dilayan dengan buruk
- Dosa dipandang dengan ringan
- Masjid dihiasi dengan indah ( tetapi tiada jama’ah )
- Ramai orang bersolat tetapi ia munafiq dan hanya berpura-pura
- Timbulnya golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah
- Al-Qur’an dihiasi tinta emas ( dengan cantik ) tetapi tidak diamalkan
- Darah manusia menjadi tidak berharga ( saling berbunuhan )
- Tiada siapa yang membela Agama
- Penyanyi wanita kian bertambah
- Orang kaya pergi ke Haji sebagai melancong , yang sederhana pergi untuk berniaga, yang miskin pergi untuk meminta-minta.
No comments:
Post a Comment