JOM SOLAT

Tuesday, December 29, 2009

Dialog Ikhwan bersama neneknya (Non-Muslim)

Artikel ihsan dari: Saudara Hafiz Ng



Pada suatu hari ketika saya berada di rumah neneknya yang bukan beragama Islam, saya ternampak nenek sedang bercakap sesuatu dengan patung tuhan (tokong cina). Lalu saya tanya kepadanya…

Hafiz Ng : Nenek cakap apa itu?

Nenek : Saya minta nenek moyang memberi perlindungan kepada kita semua.

Hafiz Ng : Nenek…patung itu nenek moyang ke atau tuhan?

Nenek : Patung itu bukanlah tuhan.

Hafiz Ng : Kalau macam itu..kenapa nenek menyembahnya dan meminta pertolongannya?

Nenek : Ini adalah amalan orang2 dahulu hingga sekarang.

Hafiz Ng : Ye…ke ! nenek sudah pasti ke, cara itu boleh menjamin selamat didunia dan akhirat?

Nenek : Itu saya tidak tahu, Cuma saya ikut saja

Hafiz Ng : Kalau begitu….orang masuk kedalam neraka, takkan nenek nak ikut juga!

Nenek : Itu jangan risau sebab bukan saya seorang yang masuk, ramai kawan-kawan saya akan ikut sekali. Manalah tahu nanti, neraka itu tak muat untuk semua orang dan saya dikeluarkan semula untuk dimasukkan kedalam syurga.

Hafiz Ng : Aduhai……ada saja alasan nenek ini. Yang saya risau ialah orang lain

yang dipilih masuk ke syurga dan bukanlah nenek,……macam mana nanti..?.

Nenek : Saya ini makan garam lebih banyak dari kamu, takkanlah saya tidak tahu.

Hafiz Ng : Betul nenek cakap itu tapi nenek tahu tak, saya ini makan KFC(Kentucky Fried Chicken) lebih banyak dari nenek….

(Kali ini nenek saya tak dapat nak cakap apa-apa lagi). Nenek saya adalah seorang yang sangat baik cuma dia tidak memeluk Agama Islam sampai akhir hayat. Nenek saya meninggal dunia ketika beliau berumur 97 tahun.

Kisah ini telah memberitahu kepada kita tentang pemahaman non muslim terhadap ketuhanan, surga dan neraka. Mereka ini suka menggunakan logika akal. Kita boleh ikut logika akal dalam agama tapi dengan syarat mendahulukan Al Quran dan Sunnah Nabi terlebih dahulu. Contohnya shalat subuh ada dua rakaat, takkanlah kita nak buat sampai lima rekaat, ikut logika akal...memanglah bagus!.. Tapi kita tidak mendahulukan Al Quran dan Sunnah Nabi. Kesimpulannya logika akal yang kena ikut

Al Quran dan Sunnah Nabi ,....bukan disebaliknya.


Saturday, December 26, 2009

Cegah Kemungkaran Dengan Kekuasaan

Oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang


Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aishah r.a. yang disebut oleh Ibnu Majah di dalam kitabnya bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Suruhlah kamu kepada yang baik dan cegahlah kamu daripada kemungkaran, sebelum berlaku bahawa kamu berdoa, tetapi tidak diperkenankan kepada kamu."



Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh ulama-ulama hadis, antaranya Muslim, dan diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri r.a., sabda Rasululah s.a.w. yang bermaksud; "Sesiapa di kalangan kamu melihat perkara mungkar maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu lagi maka dengan hatinya dan dengan yang demikian itu (dengan hati itu) adalah sedaif-daif iman."



Seseorang itu jika melihat kemungkaran berlaku di hadapan matanya, sekiranya boleh diubah dengan tangan, makan gunakanlah ia, jika berkuasa berbuat demikian.


Sebagai contoh sekiranya benda itu layak dibakar api atau dihancurkan, maka benda itu perlulah dilakukan demikian selepas ditegur dengan lidah, kemungkaran itu tetap tidak berubah dengan syarat jangan membawa fitnah yang lebih besar.


Yakni sekiranya cegahan dibuat dengan tangan, berlaku tindakan yang lebih besar fitnahnya maka ia adalah dilarang kerana kita hendaklah mengelak fitnah yang lebih besar.


Ertinya jika menggunakan tangan, kemungkaran itu berhenti, maka adalah wajar cegahan dengan tangan digunakan.


Sesetengah ulama mengatakan bahawa yang mempunyai kemampuan itu adalah kerajaan. Dia berupaya menyuruh kepada perkara yang baik dan mencegah kemungkaran dengan tindakan undang-undang.



Jangan pula berlaku kerajaaan sendiri memberi lesen untuk membenarkan orang ramai melakukan maksiat atau kemungkaran dengan meluluskan lesen judi, arak dan seumpamanya.


Kerajaan memberi alasan kononnya tindakan tersebut bertujuan mengawal kegiatan maksiat di kalangan rakyat. Jika demikian kenapa lesen mencuri tidak diberikan kepada pencuri dan perompak untuk mengawal berlakunya kecurian dan rompakan?


Bukan bererti mengawal sesuatu kegiatan itu dengan memberi lesen kepada sesuatu organisasi atau indivisu tetapi mengawal juga boleh berlaku dengan menyediakan tempat atau sebaliknya.


Jika diambil contoh untuk mengawal supaya orang ramai tidak buang air merata justeru disediakan tandas, bukan bererti untuk mengawal kecurian dan rompakan disediakan pula tempat untuk aktiviti jenayah berkenaan.


Ini kaedah yang tidak boleh dipakai dari segi undang-undang dan akal fikiran yang waras. Bukan semua kaedah boleh dipakai dalam semua perkara kerana kaedah penyelesaiannya berlainan antara satu perkara dengan satu perkara lain.



Misalnya, untuk menimbang emas dan getah mestilah memakai dacing berbeza bukan hanya dengan menggunakan satu dacing sahaja.


Ertinya pemerintah mesti mencegah kemungkaran, iaitu mengenakan tindakan undang-undang mengikut hukum Islam terhadap segala kesalahan jenayah dan maksiat kerana inilah maknanya mengubah dengan tangan.


Dan antara orang yang mampu mengubah dengan tangan juga adalah ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Jika anak-anak mereka melakukan kemungkaran termasuk tidak mengerjakan solat maka menjadi tanggungjawab ibu bapa menggunakan kuasa yang ada pada mereka termasuk menggunakan tangan bagi mengubah perbuatan mungkar yang dilakukan oleh anak-anak mereka.


Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Suruhlah anak kamu mengerjakan sembahyang ketika umurnya tujuh tahun. Pukullah mereka bila umurnya 10 tahun (jika tidak mengerjakan sembahyang)."


Begitulah juga dalam perkara yang lain. Apabila seseorang anak itu mencapai umur 10 tahun, maka diizinkan mengenakan tindakan memukul ketika melakukan kesalahan yang bercanggah dengan hukum agama.


Pukulan yang dibuat ialah pukulan mendidik, bukan pukulan marah dan geram yang mencederakan tubuh badan anak berkenaan.

Wednesday, December 23, 2009

Wasiat Asy-Syahid Imam Hasan al-Banna



1.Apabila saudara mendengar azan solat fardhu , segeralah bangun untuk bersolat serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.



2.Bacalah ( fahamilah ) Al-Quran atau tataplah ilmu atau dangarlah perkara yang baik atau berzikir , janganlah sesekali saudara membuang masa dan melakukan perkara sia-sia.


3.Berusahalah sedaya-upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab kerana ia merupakan salah satu syari’at Islam.


4.Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan sebarang kebaikan.


5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah S.W.T. itu sentiasa tenang dan tenteram.


6.Saudara janganlah banyak bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh-sungguh dan serius dalam setiap perkara.


7.Janganlah saudara bercakap lebih nyaring ( kuat / meninggikan suara ) daripada kadar yang dikehendaki pendengar kerana ia menjemukan serta boleh menyakiti pendengar.


8.Jauhkan dari mengumpat , mengecam pertubuhan dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatangkan kebaikan.Sabda Rasulullah S.A.W. ; ”Berkatalah kamu perkara yang baik atau ( jika sebaliknya ) diam”.


9.Berkenalanlah dengan setiap rakan yang saudara tidak meminta demikian kerana asas-asas Da’wah ialah berkasih-sayang dan berkenalan.


10.Kewajipan seseorang labih banyak dari waktu , oleh itu , bantulah rakanmu untuk memanfaatkan waktu mereka dan jika saudara berurusan , maka singkatkanlah masa perlaksanaannya.