JOM SOLAT

Monday, November 7, 2011

kembali.


bismillah...lama benar rasanya blog ni terbiar, kosong dari post baru. 3 bulan cukup lama untuk mengajar aku. Banyak yang aku belajar, banyak yang nak dikongsi walaupun tak seberapa. Tapi biarlah yang tak seberapa tu masih dikira Allah sebagai amal ibadat insyallah.

Walaupun hakikatnya blog ni tak setanding website2 islamik, tak sehebat blogger2 lain, bukan tu menjadi masalah. Sebab? sebabnya bukan tandingan yang aku cari, tapi ruang untuk aku muhasabah, mentarbiyah diri.

Orang berperang dengan senjatanya, orang politik dengan kuasanya, orang berilmu dengan kitab2nya...dan aku cuba menjadi ketiga-tiganya.

Dengan kembalinya lagenda beserta semangat baru, harapan yang tinggi,insyallah aku cuba untuk istiqamah masa2 akan datang.

Sejak beberapa hari ni aku banyak habiskan masa membaca tulisan sahabat2 lain dalam blog masing2, aku rasakan semangat baru yang buatkan aku terfikr kenapa aku tak boleh jadi seperti mereka, kenapa aku tak mampu istiqamah macam diorang.

Bila aku fikir2 balik, Allah dah pinjamkan aku sikit ilmu Dia untuk aku gunakan di jalan Dia, ini tugas aku, untuk bekerja dengan Allah. Mungkin ini caranya Allah nak aku berubah, dan mungkin mengubah.





Idea baru

walaupun lagenda ‘ghaib’ sementara dari berblogging, bukan maknanya aku terus lupa. Masih teringatkan blog, maka Allah ilhamkan beberapa idea dan ilham baru, cuma masih belum terlaksana setakat ni tapi akan dicuba insyallah, step by step kata orang putih...

Mungkin masa2 akan datang, dengan izin Allah mungkin aku boleh siapkan video ke, dalam masa yang sama memberi ruang untuk aku aslih nafsi wataamuru na bilmaaruf watanhau anil munkar, perbaiki diri dan mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran, insyAllah.



Sape nak baca??

Seminggu sebelum aku mula cuti ni, aku cuba ajak sorang lagi kawan aku untuk berblogging, memandangkan yang aku nampak pada dirinya adalah semangat untuk menulis dan suka berkongsi. Tulisannnya jugak baik, penyampaiannya disenangi. Jadi, kenapa tak digunakan kemahiran yang ada untuk agama?

Dan bila aku mulakan bicara mengajak, hadir soalan dari bibirnya soalan yang dijangka, sama jugak sorang lagi kawan aku yang sebelum ni hatinya berbelah bagi nak menulis melalui blog, tapi sekarang banyak menghabiskan masa menulis, dan aku respek tulisan2nya. Sebelum ni, soalan yang ditanya “siapa sangat yang nak baca?”.

Malas nak tulis panjang2. Aku jawab pendek je...”kalau menulis untuk dibaca orang semata2 memang camtu je lah, tak ke mana. Tapi kalau menulis untuk Allah, untuk Islam, tak terbit soalan tu insyaallah”. [Sebenarnya tu dari jawapan ustaz aku masa mula2 awal2 dulu nak buat blog..hehe]




Jadi dengan kembalinya legenda, aku bawakkan jugak satu kata2 Syeikh Yusuf Qaradhawi dalam kitabnya Fiqh Jihad, dan akan aku sambut seruan itu insyallah!



"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam , menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama,” sedang jihad itu adalah fardhu".

Wednesday, June 8, 2011

Musafir Awal Rejab



“Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad SAW) dalam satu malam dari masjidil Haram ke masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”
(al-Israa’: 1)



Daripada yang lagenda dapat sewaktu usrah satu masa dulu, ayat ni dalam satu riwayat disebut ayat kegemaran baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Dengan kedudukan ayat pertama surah al-Isra’, ayat ni menceritakan peristiwa Isra’ dan Mi’raj baginda malam 27 Rejab tahun ke-11 kerasulan. Inilah berita yang disampaikan baginda pada orang-orang Quraisy hingga sampai pengetahuan Abu Bakr as-Siddiq yang sikitpun tidak meragui kata-kata makhluk agung itu, walaupun pada masa yang sama kaum musyrikin terus-menerus mencemuh dan mendustai khabar itu.



Tidaklah ada pertikaian antara ulama, baik salaf ataupun khalaf bahawa Isra’ dan Mi’raj itu memang terjadi.
(rujukan Tafsir al-Azhar, Prof Dr Hamka, juzu’ 15/ayat 1)



Itu sekadar muqaddimah sempena awal Rejab ni...mungkin ada yang tak sedar dah bulan Rejab, mungkin ada yang mula bergumbira dengan hampirnya Ramadhan. Harapnya Allah letakkan kita dalam golongan kedua insyaAllah...



6 Jun 2011, 5 Rejab- lagenda ke sebuah tempat di gombak atas beberapa hal. Gerak ke sana sebelum maghrib, sampai je disana kebetulan terdengar baru selesai azan maghrib. Lagenda sempat berhenti kat sebuah masjid. Dari luar apa yang lagenda nampak...masjid hampir penuh! mungkin tak seramai solat jumaat, tapi mengagumkan bila ruang solat hampir penuh. Berbeza dengan keadaan masjid-masjid lain di kuala lumpur yang ada masanya cuma satu hingga dua saf sahaja.




MANA KITA?


 
Selesai solat, pandang ke kanan kiri...secara kasarnya tak lebih 10 orang pun yang warga malaysia termasuk imam dan bilal masjid. Selebihnya?bukan malaysian...kebanyakannya bangsa Arab, selebihnya orang kulit hitam. Melangkah keluar dari ruang solat utama...ada beberapa halaqah bacaan al-Quran, semuanya orang kulit hitam.



Sampai di luar masjid, terzahirlah rupa-rupanya orang-orang kita masih memenuhi warung-warung, berseluar pendek, sebahagian besarnya bersama rokok ditangan..bukan satu pemandangan luarbiasa bagi kita. Maka, spontannya sebahagian kita menyalahkan institusi kekeluargaan...mungkin, sebahagian lain menyalahkan kerajaan...mungkin juga, sebahagian lagi menyalahkan mentaliti masyarakat kita secara umum...masih mungkin.




Tapi mungkin juga salah sendiri, malas nak bicara pasal Islam...hatta dengan keluarga atau member sendiri, apatah lagi dengan mereka di kedai kopi, jauh sekali dengan mereka di pub dan disko. Lagenda sendiri akui bukan mudah untuk bina kekuatan itu, sepertimana Asy-Syahid Imam Hasan al-Banna sikitpun tak kekok duduk di kedai kopi--bukan melepak, tapi menyampaikan Islam.



TERBIAR





Jelas kita sekarang bukan dalam zaman yang hanya berdakwah dalam orang yang mahukan Islam semata-mata, mengenepikan mereka yang berada di jurang. Analoginya, atas dasar itulah mengapa Islam mengajar umatnya melaung azan, bukan hanya mengucap iqamah. Kita bukan hanya mengajak mereka yang sedia ada didalam masjid untuk bersolat, tapi mereka disekeliling.



Namun, realitinya mentaliti kita masih cuma meletakkan tanggungjawab dakwah pada ‘orang agama’ semata-mata, sekaligus menafikan dimensi dakwah yang tidak terhad. Maka secara sinisnya, usaha dakwah dalam kalangan ‘orang biasa-biasa’ mula terbiar, terkontang-kanting tak berpaut.



“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”

ali-Imraan:110

Sunday, May 29, 2011

“Dah lama saya tak sholat, dik”

Masjid negara, 2 tahun lalu- Atas beberapa hal penting, lagenda terpaksa ke pusat bandar kuala lumpur. Kehidupan sekolah berasrama sedikit sebanyak menjadi jurang pemisah antara lagenda dengan gaya hidup bersosial kotaraya ni. Lama tak ke bandar, nampaknya bukan sahaja pembangunan yang berkembang pesat, malah pendedahan pusat jugak tak terkecuali.




Perjalanan pagi itu tak banyak menarik perhatian lagenda, sehinggalah satu ketika lagenda terserempak seorang peminta sedekah…berbaju melayu berkain pelikat, bersama cawan plastiknya duduk disisi jalan menanti simpati wargakota. Yang menarik perhatian lagenda?--payungnya biru gelap lengkap berlambang dacing…tergelak sendirian di situ.



Selesai urusan pagi tu, lagenda bergerak pulak ke tempat lain. Berjalan berseorangan nampaknya memberi kebebasan memilih destinasi sendiri. Berjalan kaki ke masjid negara, dan alhamdulillah sempat sampai sebelum azan zuhur berkumandang. Jemaah ketika tu tak mencecah pun lima saf, rindu rasanya nak tengok gerai dan pejabat-pejabat ditutup beberapa minit menghormati waktu solat. Tunggulah…mungkin setahun ke setahun bilangan saf jamaah akan bertambah, insyallah.



Selepas mengaminkan doa dipimpin imam solat itu, jemaah bersalaman sesama mereka dan kemudian bersurailah satu kesatuan muslimin. Memandangkan keselesaan masjid tu yang jelasnya lebih sejuk dari cuaca luar, lagenda ambil satu ‘port’ untuk duduk mengadap al-Quran. Lagenda pandang sekeliling, yang tinggal cuma beberapa kelompok hamba Allah yang jugak baru selesai solat. Dan jauh beberapa saf dibelakang lagenda sorang lelaki berkemeja biru, dengan muka agak serius, cuma memerhatikan orang yang tengah bersolat.





DISAPA DIA





Mengabaikan lelaki tu, lagenda bukak quran dan baca sendirian. Beberapa minit berlalu…belum sempat lagenda habiskan bacaan mukasurat kedua, terasa bahu lagenda dipegang. Lelaki bermuka serius tadi disebelah kiri lagenda. “Assalamualaikum, dik”, sapa lelaki tu.



“Waalaikumsalam warahmatullah”.



Muka iras keturunan Jawa, umurnya mungkin dalam 20-an. “Adik, ajarkan saya bersholat”, jelas bahasanya baku, loghat Indonesia, serius bunyinya. Lagenda tutup quran yang lagenda baca sebelumnya, belum sempat lagenda bersuara, lelaki tu menyambung lagi. “Dah lama saya tak sholat, dik tolonglah ajarkan saya sholat”.



“Boleh, insyallah. Kebetulan saya tengah free, jadi apa yang saya boleh tolong abang?”, bersuara jugak lagenda.



“Saya mau bersholat, tapi saya lupa sudah. Saya ni dari Indoneshia, di KL ni kerja’an warung makan. Lama sudah saya di KL ni” jelasnya memperkenalkan diri. Lagenda hanya mengangguk.



“Dulu di Sumatera saya mengaji di pondok, waktu umur saya muda macam kamu saya selalu hafal qor’an, di madrasah tu selalu sholat sama-sama. Ramai-ramai dengan teman-teman baca kitab sama ostad (ustaz) kami”, permulaan ceritanya mula tarik perhatian lagenda.



“Tapi tu dulu dik, selepas tu saya datang ke malaysia sini, mau cari makan. Sini saya kenal sama teman-teman orang malaysia, kerjaan sama di warung makan. Rumah pun sama-sama kami kongsi”



“Rumahnya di mana tu?”, lagenda mencelah.



“Di sana tu, titiwangsa. Dekat juga dari sini dik. Tapi dik masaalahnya saya nggak boleh sholat”, ceritanya semakin membuatkan lagenda tertanya-tanya. “Kenapa pulak tak buleh solat? Kan banyak sini surau sama masjid”





REALITI KITA





Mukanya yang tadi serius mula berubah, mukanya sedih, matanya mula berair. “Iya, itu betul dik. Tapi dirumah saya nggak boleh sholat. Bila saya ajak teman-teman lain sholat, mereka ketawakan saya, tapi semuanya Islam. Bila saya mau sholat, teman-temanku itu kacau saya mau sembahyang”



“astaghfirullah…ada jugak sampai macam tu skali?”, tanya lagenda, kecewa…sedih. Mana mungkin sorang muslim tak sedih dengar berita macam tu. Bahkan pernah baginda Rasulullah sebutkan dalam haditsnya barangsipa yang tidak mengambil berat urusan umat Islam, dia bukan dari kalangan umatku.



“Awalnya dulu saya sholat menyorok dalam bilik, diam-diam. Lepas tu mereka tau sudah, selalu diketawakan. Malam-malam mereka ‘minum’, sampai pagi”



“Minum? Arak?”



“Iya, apa lagi. Pernah berapa kali saya lihat mereka bawa masuk itu perempuan dalam bilik”, tambahnya lagi. Naudzubillah, berderau darah lagenda, tak sangka terlalu mudah macam tu. “Habis, abang macam mana?”



“ya pernah juga berapa kali minum sekali dalam rumah, teman-teman ajak saya. Waktu itu saya lupa sudah semua yang saya mengaji di madrasah dulu, sholat pun saya tinggal”, makin serius nampaknya.



“Tak apa lah macam tu bang, syukurlah ni Allah bukak lagi hati abang nak solat. Yang lama-lama tu insyallah Allah ampunkan. Jom la kita belajar sikit-sikit apa yang saya tau”, sikit muqaddimah sebelum sesi pembelajaran mula, sambil ajaknya bangun.



“wuduknya?”



“owh ya...betul, wuduk dulu”



Sambil brjalan turun ke tempat wuduk, sempat lagenda borak-borak. Macam biasa, lagenda kurang suka terus ke praktikal tanpa pemahaman dulu. Dapat jugak lagenda terangkan sikit...kenapa mesti solat, dalil wajib solat (an-Nisaa:103), citer isra’ mi’raj



Balik ke dewan solat utama, lagenda cuba sampaikan ilmu yang sikit ni...cukup mahal kalau dibanding dengan ilmu aqli yang lain. Lagenda sendiri pun belum sempurna bab solat ni, tapi itulah jambatan untuk lagenda perbaiki.



Selesai sampaikan cket ilmu-ilmu Allah tu, dah berapa lama pun lagenda tak perasan. Abang tadi beberapa kali sujud syukur...katanya rindu sangat nak solat. Alhamdulillah.



Oleh sebab lagenda kejar masa, tak sempat solat asar disitu. Lagenda tinggalkan dia di dewan solat tu dengan mintak dia sama-sama doakan Allah bukak hati semua muslimin, terbukak hati untuk solat 5 waktu, terbukak hati untuk hijrah...dari jahil kepada arif, dari alim kepada amal--sebab kita takkan mampu ubah diri sendiri tanpa usaha dengan izin Allah, apatah lagi ubah nasib seluruh masyarakat..melainkan izin Allah mengubahnya.



“Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al-Qur'an dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadah lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”.
al-Ankabut: 45

Tuesday, May 10, 2011

Kasih Ibu: Sebuah Kisah dari Sichuan


8 Mei 2011- Rata-rata kita mula sambut hari ibu, yang berduit ada yang bawa melancong sebagai bukti kasih sebagai anak, ada yang cuma cukup melafazkan terima kasih, namun ada jugak yang hanya mampu menziarah makam bonda. Lagenda?entah lah…

Tengah-tengah baca buku sambil dengar ucapan-ucapan hari ibu di ikim, tiba-tiba Allah gerakkan hati lagenda mengadap internet…entah apa yang lagenda cari, semuanya masih dalam mood hari ibu, dari fesbuk sampailah ke Utube. Lagenda tertarik satu post dalam group bincangkan persoalan berkaitan Islam. Dengan sertakan satu artikel “Sambut Hari Ibu HARAM!”, dan persoalan-persoalan khilaf hukum sambut hari ibu.

Daripada artikel tu, hari ibu kononnya berasal dari ritual penyembahan satu kaum masa dahulu pada Tuhan Ibu…entah apa namanya. Maka dari situ adalah yang mula menjadi mufti, yang terus menerus mengharamkan hari ibu dan ada jugak yang mempertikaikan iman mereka yang menyambutnya.



Majoritinya memilih untuk tak memilih daripada memilih untuk memilih kasih…cuma berada di tengah-tengah menanti jawapan. Lagenda cuba menampilkan pendapat berbeza, sambut hari ibu tak haram kalau hanya sebab asal usulnya.

Kita cuma menggunakan titik hari ibu sebagai point untuk taat perintah2 Allah dalam al-Quran supaya kita berbuat baik pada ibubapa. Ada pulak yang tanya balik “kenapa mesti tunggu hari ibu nak buat baik pada ibu?lepas tu kembali pada kederhakaan?”

Nampaknya dia mula subjektif pada hukum haram tersebut. Lagenda tanya semula “kenapa mesti tunggu raya aidilfitri baru nak bersalaman mintak maaf?lepas tu kembali pada kemungkaran?”

Tak ada reaksi…seolah-olah terdiam.

Sekali lagi lagenda cuba menjawab “kita bukan tunggu hari ibu baru nak buat baik pada ibu-ibu, tapi kita guna sebagai titik tolak untuk menyambut ibu-ibu…sepertimana kita sambut Maulidur Rasul, ada ke kita cuma tunggu RabiulAwal baru nak muliakan Rasulullah?baru nak selawat pada baginda? Tak…cuma kita ambik Maulidur Rasul untuk ramai-ramai sambut keagungan habibullah, mana mungkin kita cuma sambut kelahiran manusia agung dalam satu hari je”

Bukan kerja lagenda nak tentukan hukum-hakam macam ni, cuma bagi pendapat semata-mata. Tidaklah mesti disetujui. Bukan mencari jalan menghalalkan, bukan mencari hujah membenarkan…cuma mengajak untuk berfikir, tak cukup cuma mengharamkan secara terus.




Sebenarnya bukan tu yang nak lagenda bawak…ada benda lain yang nak dikongsi. Dalam mencari-cari kat internet, terjumpa satu kisah…kisah benar antara sorang ibu membuktikan kasih pada anaknya. Ni yang dapat lagenda copy…

Kisah Pengorbanan Ibu pada Anaknya . Ini adalah kisah pahit yang muncul sewaktu tragedi gempa bumi Sichuan. Di WenChuan, ketika rumah roboh pada seorang ibu dan bayinya yang berumur 3-4 bulan, bayi dilindungi ibu dengan tubuh miliknya berlutut sujud di atas bayi. Ketika penyelamat tiba 5 hari kemudian, pada 12 Mei, mereka menemukan sang ibu telah hancur mati, tetapi bahwa bayi itu tidur nyenyak – hidup. Tak lama kemudian mereka menemukan ponsel sang ibu, tempat ia menulis pesan teks untuk bayinya yang berbunyi…

“Bayiku sayang, jika kamu dapat bertahan hidup…ingatlah selalu bahwa aku

mencintaimu…”



Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri"
al-Ahqaf: 15

Friday, May 6, 2011

Surat Untuk Perdana Menteri


Surat Seorang Remaja Kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib
__________________________________________________________

Assalamualaikum Dato’ Seri.




Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.




Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).



Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering ‘singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya.




Tidaklah pula saya katakan yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari hanyalah makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.




Izinkan saya Dato’ Seri untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH kelak, kamilah yang akan membuang undi!



Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.



DASAR



Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?



Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?


Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.



Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.



Saban hari saya dan rakan-rakan menerima berita dari segenap pelusuk negara, sama ada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!




Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?




PELAN TRANSFORMASI EKONOMI




Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.



Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.


Maka menjelang 2014 negara kita akan memiliki sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.


Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.


Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan ketika Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?



Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.



Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para cerdik pandai generasi akan datang dengan lambakan hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, iaitu hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?




IFF dan AURAT



Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar bertitah demikian kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.



Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya waktu melihat Dato’ Seri dan isteri melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam) yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?



Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?


JUDI



Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?



Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?



Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka dengan wang hasil judi yang mereka perolehi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?



Apakah keputusan-keputusan ini ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?




KEMISKINAN dan HARGA NAIK


Dato’ Seri orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga kaya raya.



Maka tidak kiralah jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau RM 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.



Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya adalah pengurusan yang menghancur!



Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu).


Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah hutang yuran persekolahan pun masih belum dilunas. Bukan sedikit keringat yang dicurah demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.


Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.


Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini sekadar untuk meraih undi. Waktu menang nanti kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami bermatian berusaha keras sendiri.


SUARA RAKYAT




Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.


Dan menteri-menteri Dato’ Seri tanpa rasa bersalah menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu bisa memahami pedihnya hati ini.


Semuanya adalah kerana kami rakyat yang mahu berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.


Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?


Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat. Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media di bawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara adalah bercanggah pada sisi agama.



Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi penyebab anak-anak muda ditangkap khalwat?


Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?


REFORMASI



Saya dan juga rakan-rakan adalah remaja muda yang punya sikap, punya pendirian. Kami berazam untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad bahawa seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.


Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.


Jika sampai masanya untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.



Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan beroleh tempat tertinggi di negara ini.


Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?


Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada lenggok bahasanya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.



Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!


Sekian, terima kasih.


_________________________________________________________________________

Alhamdulillah, masih ada darah muda yang berani bersuara demi Islam. Walaupun lagenda cuma copy, tapi surat tu menjadi sebahagian suara lagenda.

Teringat lagenda kisah asy-Syahid Imam Hasan al-Banna ketika beliau masih kecik, beliau banyak utus surat pada pemimpin-pemimpin menyuarakan panggilan perjuangan pada Islam. Adakah sebab kepentingan politik?tak sama sekali, tidak! Namun, atas dasar memartabatkan agama dibawa baginda Rasulullah, dipasak aqidah mengesakan Allah, dijulang kalimah tauhid La ilaha illaAllah...ini perjuangan beliau, dan perjuangan itu kini milik kita. . .

Monday, May 2, 2011

Tarbiyah Musibah

1 Mei 2011- Genap seminggu selepas seorang rakan lagenda dimasukkan ke hospital kerana dilanggar kereta semasa menunggang motosikal. Ditakdirkan Allah ketika tu, lagenda ada berdekatan yang kebetulan sahabat tu dalam perjalanan untuk menumpangkan lagenda. Maka segala yang berlaku, saat dia dirempuh kereta, saat dia tercampak bersama motornya, saat dia jatuh rebah ke tanah…semuanya Allah memperlihatkan pada lagenda. Sejujurnya berat untuk lagenda menyaksikan sendiri rakan dilanggar depan mata, namun percayalah tak ada siapapun yang mampu menggerakkan kereta tu melanggarnya melainkan Allah, Maha Berkuasa hatta satu partikel molekul pun tak berdaya bergerak tanpa izin Allah.




Berita kemalangan tu mula menjadi asbab menggerakkan hati sahabat-sahabat lain menunggu perkembangan berita. Sebahagiannya menghantar ayat-ayat Quran dan hadits sebagai penguat pada lagenda untuk tak mudah menyalahkan Allah. Ada antaranya mengingatkan lagenda ini tak lain hanya satu tarbiyah dari Tuhan, pada hambaNya. Mungkin dalam kelalaian masa sebelumnya melalaikan lagenda dari mengingat Allah. Memang sejak dulu lagi dah diceritakan Allah didalam al-Quran sifat manusia apabila berada dalam kesengangan kita melupakan Tuhan, tetapi apabila tiba musibah dan kesusahan manusia mula tercari-cari Tuhan malah ada yang lantas membangkang takdir Allah. Naudzubillah…



Berkata Abu Tholib al-Makki didalam kitab Qut al-Qulub; “Apabila kamu mengenal sifat-sifat diri kamu dalam bermu’amalah dengan makhluk. Misalnya, jika kamu tidak suka perbuatanmu dibangkang atau dicaci, maka ketahuilah sifat-sifat Penciptamu bahawa Dia juga sedemikian, tidak suka perbuatanNya dibangkang. Maka, hendaklah kamu redha dengan ketentuanNya dan bermuamalah denganNya sebagaimana mualamah yang kamu sukai terhadap dirimu” (Petikan kitab Siapa mengenali dirinya, Maka dia mengenali Tuhannya, m/s 5, karangan Imam Hafiz Jalaluddin al-Suyuti, terjemahan Syeikh Muhammad Fuad al-Maliki)



Dalam tempoh itu, lagenda diperingatkan seorang ustaz mungkin itu cara Allah menguji hambaNya terhadap pergantungan kita pada Allah. Apakah kita sabar, redha dan akui ia adalah kerja Allah…ataukah kita mula bersangka buruk terhadap Allah. Ada masanya lagenda rasakan jauhnya diri dari Allah sedang Dia pulak sentiasa dekat dengan kita.




Inilah dunia, sentiasa berputar..adakalanya kita diatas, adakalanya kita dibawah. Maka sekali lagi Allah tetapkan sorang lagi hambaNya yang lalai ni ditimpa musibah. Petang tu lagenda mula bersiap untuk bergerak ke satu majlis ilmu di gombak, hajatnya dengan menumpang seorang ustaz yang juga ke sana. Oleh sebab kepenatan program di sebelah pagi dan kelewatan kerana hujan, lagenda terpaksa menaiki komuter dan LRT sebelum dijemput ustaz. Tapi, sebelum tu lagenda terpaksa menunggang motor ke stesen dalam keadaan hujan…cuma tu pilihan yang ada dalam masa yang singkat.



Secara terpaksa, kali ni lagenda bawa motor lebih laju dari yang kebiasaan, atas alasan mengejar masa…biasalah manusia penuh dengan alasan. Memandangkan kelajuan extra, ditambah pulak dengan permukaan jalan yang licin…maka brek motor tak berfungsi macam yang diharapkan. Ditakdirkan Allah motor lagenda membuat side slide sebelum jatuh terseret atas jalanraya…memecahkan cermin topi keledar dan mengoyakkan seluar lagenda dibahagian lutut. Ditakdirkan Allah jugak kaki kanan lagenda tersepit dibawah motor lagenda sendiri.



Namun, tak satu pun daripada berbelas-belas kereta di situ yang berhenti untuk bagi pertolongan. Itulah hakikat, satu realiti yang lagenda kena terima dalam masyarakat kita. Memandangkan tak ada siapa yang berminat untuk membantu, mungkin belum menerima hidayah…lagenda terpaksa mengalihkan sendiri motor dari kaki kanan lagenda. Dengan lutut, siku dan tapak tangan yang berdarah, lagenda cuba bangunkan sendiri motor tersebut dan hidupkannya semula. Berdiri atas kaki sendiri, alhamdulillah lagenda tak diizinkan Allah cedera parah…cuma luka-luka luaran ,lebam dan kecederaan bahu.




Secara rasminya, tak kesampaian hajat lagenda ke majlis ilmu…mungkin ada yang nak ditunjukkan Allah. Mungkin juga kerana niat lagenda ke sana bukan 100% ikhlas kerana Allah. Maka itu tarbiyah dan hukuman Allah pada lagenda. Mungkin juga Allah nak tunjukkan maut tu makin hampir, takkan cepat sesaat mahupun lambat sesaat (10:49). Mungkin lagenda sendiri yang banyak lalai dari ingat Allah, mungkin lagenda lebih banyak berbual kosong dari berzikir namaNya, mungkin lagenda lebih banyak makan membiarkan rohani kelaparan, mungkin lagenda lebih banyak berhibur berseronok dari bersedih mengingatkan mati, mungkin lagenda lebih banyak memandang kemaksiatan dari memandang ayat-ayat al-Quran, mungkin lagenda lebih banyak membazir masa dari memanfaatkannya kejalan Allah…maka secara jelasnya, ia bukan kemungkinan. Ia penyakit hati yang menghijabkan lagenda pada Allah. Ampuni kami ya Allah…



“Dan sungguh akan Kami mengujimu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun", Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”

[Surah al-Baqarah,2: 155-157]


Tuesday, April 19, 2011

Kenali Sahabat: Abu Ubaidah bin al-Jarrah

Bagi setiap umat mempunyai orang kepercayaan, dan orang kepercayaan umat ini
adalah Abu Ubaidah bin al-Jarrah
 -Muhammad Rasulullah

Seorang lelaki yang peramah, sangat bertawadhu’, sangat pemalu, tetapi jika suatu masalah datang menerpanya dan perkara genting menghalangnya, maka dia akan berubah laksana singa yang mengaum menampakkan taring dan kuku-kukunya. Dia menyerupai hujung pedang yang kilatan dan sambarannya, mirip ketajaman dan kekuatannya.



Dia adalah orang kepercayaan umat Muhammad, nama sebenar beliau adalah Amir bin Abdullah al-Jarrah al-Fihri al-Quraisy.



Abu Ubaidah termasuk dalam kalangan assabiqunal awwalun, memeluk Islam sehari selepas Abu Bakr as-Siddiq, keislamannya di tangan as-Siddiq. Abu Bakr membawanya, membawa Abdurrahman bin Auf, Uthman bin Mazh’un dan al-Arqam bin Abu al-Arqam kepada baginda Rasulullah. Maka mereka mengikrarkan kalimah kebenaran dihadapan baginda.



Abu Ubaidah hidup di Makkah dengan ujian berat yang menimpa dirinya bersama kaum muslimin dari awal hingga akhir, sementara dia tetap berdiri tegak dan tegar dalam menghadapinya. Semata-mata membela Allah dan RasulNya dalam setiap kesempatan.



Namun ujian Abu Ubaidah di perang Badar adalah ujian paling berat yang tidak pernah terdetik dalam benak sesiapapun.



TEBASAN PEDANG ABU UBAIDAH



Dalam perang Badar, Abu Ubaidah melangkah maju menembus barisan musuh tanpa ada rasa gentar menghampiri kematian, kaum musyrikin gentar menghadapinya, Abu Ubaidah bergerak ke kiri ke kanan penuh keyakinan, satu persatu tersingkir menyungkur apabila berhadapan dengannya.



Tetapi seorang lelaki Quraisy yang sentiasa berusaha menghalang langkah Abu Ubaidah dari setiap arah, yang kerananya Abu Ubaidah menjauhinya agar tidak berhadapan dengannya.



Namun, lelaki ini terus menerus menyerang sementara Abu Ubaidah terus menjauhinya. Akhirnya, lelaki itu tidak lagi memberi peluang bagi Abu Ubaidah menjauhinya, berdiri di hadapannya menghalangi Abu Ubaidah mara melawan musuh-musuh Allah.



Abu Ubaidah hilang kesabaran, akhirnya beliau menebas pedangnya kearah kepala lelaki tersebut, pedang itu membelahnya menjadi dua bahagian, lelaki itupun tersungkur dan tidak pernah bangun lagi, buat selama-lamanya.



Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa lelaki yang tersungkur dan tidak pernah bangun lagi oleh tebasan pedangnya itu adalah Abdullah bin al-Jarrah, bapa kandungnya sendiri.




Sesungguhnya Abu Ubaidah tidak menamatkan riwayat bapanya, akan tetapi dia membunuh syirik yang bersemayam pada jasad bapanya itu.



(Allah Taala menurunkan ayat al-Quran terkait kisahnya pada ayat 22 surah al-Mujadalah)



ORANG KEPERCAYAAN BAGINDA



Muhammad bin Ja’afar menyampaikan bahwa delegasi orang Nasrani datang pada Rasulullah, dia berkata “Wahai Abu Qasim, utuslah seorang lelaki dari sahabatmu yang kamu redhai untuk kami agar dia memutuskan perkara antara kami dan perkara yang kami perselisihkan, kalian wahai kaum muslimin bagi kami adalah orang-orang yang dipercayai”.



Nabi Sallallahu alaihi wasallam menjawab: “Datanglah kepadaku di siang hari, akan aku mengutuskan seorang lelaki yang kuat lagi amanah pada kalian”.



Umar al-Khattab berkata: “Hari itu aku berangkat ke masjid lebih awal, aku berharap agar mendapat tugas daripada Rasul Allah menjadi orang dengan ciri yang dinyatakan baginda”.



Selesai baginda mengerjakan solat Zohor, baginda melihat ke kanan dan kiri, manakala aku berusaha mengangkat tubuhku agar baginda melihatku. Baginda terus melihat ke kiri ke kanan sehingga baginda melihat Abu Ubaidah al-Jarrah, maka baginda memanggilnya dan bersabda: “Pergilah bersama mereka, jadilah hakim diantara mereka dengan berpijak kepada kebenaran dalam perkara yang mereka perselisihkan”.



Umar al-Khattab berkata: “Ternyata Abu Ubaidah mendapatnya”.



Abu Ubaidah bukan hanya orang yang dipercayai semata-mata, akan tetapi beliau mampu menggabungkan kekuatan disamping amanah, terlihat dibanyak kesempatan.



PEMUDA TAMPAN DENGAN GIGI YANG TANGGAL



Dalam perang Uhud, saat kaum muslimin terpukul mundur, penyeru kaum musyrikin berteriak: “Tunjukkan pada aku Muhammad, tunjukkan pada aku Muhammad”. Pada saat itu, Abu Ubaidah salah seorang yang berdiri di sekeliling Rasulullah untuk melindungi baginda dengan dada-dada mereka dari serangan tombak-tombak musyrikin.



Perang pun selesai, gigi seri Rasulullah patah dan kening baginda terluka. Dua lingkaran besi patahan baju perang baginda tertancap di pipi baginda, maka as-Siddiq Abu Bakr mendekati Rasulullah berniat mencabutnya dari pipi baginda yang mulia. Akan tetapi Abu Ubaidah berkata: “Aku bersumpah dengan nama Allah atasmu, berikan tugas itu padaku”. Maka as-Siddiq membiarkan untuknya. Abu Ubaidah khuatir andai dia mencabutnya dengan tangan akan menyakiti Rasulullah, maka Abu Ubaidah menggigitnya dengan gigi depannya dengan sangat kuat dan berhasil mencabutnya, namun gigi depan Abu Ubaidah ikut tercabut kerananya.



Lalu Abu Ubaidah menggigit besi kedua dengan gigi depannya yang lain, dia mencabutnya dan gigi depannya itupun ikut tanggal sekali kerananya.



Kata Abu Bakr as-Siddiq: “Abu Ubaidah termasuk orang paling tampan dengan dua gigi depan yang tertanggal”.



WASIAT TERAKHIRNYA



Ketika Abu Ubaidah berada di Syam memimpin pasukan kaum muslimin, membawa satu kemenangan kepada kemenangan berikutnya sehingga Allah Taala membuka seluruh wilayah Syam melalui tangannya.



Dalam keadaan perang sedang berkecamuk, tiba-tiba Syam diserang penyakit taun dan memamah satu persatu nyawa penduduknya ketika itu. Amirul Mukminin Umar al-Khattab pula sangat khuatir keselamatan dan kesihatan Abu Ubaidah segera mengirim surat memerintahkan Abu Ubaidah segera berangkat pulang ke Madinah al-Munawwarah.



Manakala Abu Ubaidah yang menerima surat itu menulis: “…aku tidak ingin berpisah dari mereka (pasukan muslimin) sehingga Allah menetapkan keputusanNya pada diriku dan pada diri mereka. Jika surat ini telah sampai ke tanganmu maka bebaskanlah aku dari permintaanmu dan izinkan aku untuk tetap tinggal di tengah pasukanku”.



Begitu jawapannya, Umar al-Khattab menangis hingga airmata melewati janggutnya. Orang sekitarnya yang melihat beliau menangis teresak-esak berkata: “Wahai Amirul Mukminin, apakah Abu Ubaidah telah wafat?”.



Umar menjawab: “Belum, namun dia sudah dekat kepadanya”.




Dugaan al-Faruq Umar tidak salah kerana tidak lama setelah itu Abu Ubaidah diserang taun. Manakala Abu Ubaidah melihatkan tanda-tanda kematian pada dirinya, beliau berwasiat pada bala tenteranya: “Aku berwasiat pada kalian, jika kalian menerimanya nescaya kalian sentiasa diatas kebaikan. Dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, berpuasalah di bulan Ramadhan, bersadaqahlah, laksanakan ibadah haji dan umrah dan hendaknya kalian saling memberi nasihat, bersikap jujur kepada pemimpin kalian dan jangan menipu mereka. Janganlah kalian terlalai oleh dunia, sekalipun seseorang berumur seribu tahun dia akan tetap menemui apa yang aku temui saat ini. Sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian atas anak-anak Adam, mereka pasti mati dan orang yang paling cerdik dari masalah ini adalah orang yang paling taat pada Allah dan paling giat beramal untuk hari kebangkitan. Wassalamu alaikum warahmatullah”.

Tuesday, April 12, 2011

Belajar Daripada Alam

10 April 2011- sehari selepas maulid dan haul di putrajaya, lagenda bergerak pula ke gombak untuk rehlah, bersama sahabat-sahabat ketika persekolahan. Cuma lebih 30 yang hadir, berbanding sepatutnya hampir 50 orang…dan tentunya berbeza dengan bilangan kami yang ke majlis maulid sehari sebelum tu. Bagaimanapun, lagenda tetap bersyukur, kerana bilangan kami yang hadir semakin bertambah setiap kali majlis maulid diadakan. Alhamdulillah…



Selepas lama tak bermandi-manda di sungai, alhamdulillah kali ini Allah izinkan lagenda ke sana. Namun, kali ini bukan hanya bermandi-manda…kami mengembara ke dalam hutan melawan arus aliran sungai. Teringat lagenda, sebelum lagenda bertolak ke Sabah beberapa bulan lalu, seorang ustaz menasihati lagenda dalam mesejnya; belajarlah daripada alam. Lihatlah aliran sungai, semuanya mengalir hanya satu arah…bukankah itu sunnatullah? Lebih menarik lagi, hakikatnya air itu semua menuju Allah. Mana mungkin ada sungai yang ingkar sunnatullah mengalir keatas bukit. Semuanya kuasa Allah, hatta satu molekul hydrogen pun takkan mampu bergerak andai tanpa izin Allah.



Sepanjang berjam perjalanan didalam hutan tersebut, apa yang lagenda lihat kecantikan alam flora, tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan yang mendiaminya. Pernah 2 tahun yang lalu, seorang sahabat berkata pada lagenda; “tengok daun-daun pokok tu, semuanya tengah zikir puji-puji Allah setiap masa. Kita??”. Allahuakbar…terus terpanah tepat. Lalainya kita, sedangkan kitalah makhluk sebaik-baik ciptaan. Tapi kita menghina diri kita sendiri dengan melupakan Allah…mungkin daun-daun pokok itu jauh lebih mulia daripada kita. Astaghfirullah…



Setelah beberapa kali terjatuh ketika perjalanan, kami hampir tiba di destinasi kami, kawasan air terjun. Tiba-tiba perjalanan kami sedikit terhalang oleh sekumpulan pelajar sekolah yang melalui kawasan itu. Pelajar lelaki didepan, perempuan di belakang…terselit antara itu beberapa orang fasilitator mereka. Kami pula diarah memberi laluan dan keutamaan pada mereka. Terpaksalah kami duduk bertenggek diatas batuan besar hanya memerhatikan mereka. Rupa-rupanya wayang percuma…mana tidaknya, dalam keadaan basah kuyup pelajar perempuan berpakaian pula baju nipis, menampakkan ‘isi kandungan’ anatomi badan manusia. Sepatutnya melalui program mereka itulah dididik menjaga kehormatan, dan memerhatikan ciptaan Allah sepanjang berada didalam hutan.



Dalam ketika itulah, secara tak sedar seekor pacat mengambil kesempatan persis syaitan mengambil kesempatan pada hamba Allah yang lalai. Sempat pula pacat tersebut menggigit betis lagenda, mungkin juga dah ditetapkan Allah darah lagenda adalah rezekinya. Maka lagenda hanya mampu memerhatikan makhluk tersebut menikmati sarapannya. Itulah tarbiyyah Allah, mungkin kerana lagenda menonton ‘wayang’ tersebut. Setelah sebeberapa lama, mereka mula beredar meninggalkan air terjun tersebut untuk kami pula mengambilalihnya.


Air yang sejuk dan jernih menarik perhatian lagenda. Kami bermandi-manda layaknya seorang banduan terlepas penjara. Kemudian, kami mula berkumpul di bahagian tengah dan membentuk sebuah bulatan besar. Hutan tersebut yang sunyi, melainkan hanya unggas yang sesekali berbunyi tiba-tiba digegarkan dengan laungan takbir dan doa wahdah kami. Turut menarik perhatian kumpulan pelajar yang berada tidak jauh dari situ memerhatikan kesatuan kami bersilang tangan antara satu dengan yang lain dan membentuk bulatan besar disertai laungan takbir dengan bersemangat. Harapnya ukhwah kami terus teguh kerana Allah dan besar harapan untuk melihat umat Islam bersatu secara total dan global satu hari nanti.


“Kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang berakal”
(Surah ali-Imran, ayat 189-190)

Tuesday, April 5, 2011

Jemputan ke Haul Syeikh Qadir Jailani

Popularkah kita?



Industri hiburan hari ni menyaksikan Shaheizy Sam dijulang sebagai penerima bintang popular. Serentak itu juga berita kematian seorang pelajar sekolah agama akibat dibelasah gurunya. Seperti biasa, berita kematian ini tak sepopular artis paling popular sepertimana Mari Bertaranum tak sepopular akademi fantaSIA-SIA. Samalah nasibnya majlis-majlis ilmu disurau, tak mencapai 5 peratus pun dari bilangan penonton distadium bolasepak. Moga Allah letakkan kita dalam kalangan kurang 5 peratus tu, insyallah.


Arena of stars, genting highland hangat hangit dengan jeritan dan sorakan ribuan penonton. Majoriti penontonnya masih dijuarai umat Islam, tak kurang juga yang bertudung tetapi berteriak seolah-olah dunia ni tiada penamatnya. Khabarnya majlis tu mendapat tajaan utama celcom axiata. Mungkin itu cara syarikat gergasi tersebut meng’infakkan’ keuntungan syarikatnya. Kita pula ternanti-nanti majlis Maulidur Rasul serta haul-haul para ulama’ ditaja mereka satu hari nanti…adakah mungkin?


Entah apa perasaan penonton yang berada dalam dewan tersebut, lalai dengan nyanyian dan publisiti artis-artis popular tu. Jika kita singkap semula sejarah, Imam Hasan al-Basri seorang ulama’ tafsir menangis hingga berjujuran airmatanya hanya kerana terlupa mengingati Allah selama beberapa detik. Kita?sampai kering airmata pun belum tentu dapat habis menangisi seluruh detik hidup kita yang lalai mengingati Allah…ampuni kami ya Allah.


Itupun belum lagi melihat pada pemakaian para artis, dengan pakaian yang tak cukup kain. Tetapi kita tak diajar buruk sangka (su’uzhon), harapnya dengan duit beribu yang dimenangi tu digunakan membeli kain untuk tambah pada pakaian mereka. Sekali lagi kita menjadi saksi mereka adalah beragama Islam, maka…masih belum gugur kewajipan kita mengajak mereka kepada kebaikan. Hal pemakaian dan fesyen ni bukan hanya terhenti di situ, kadangkala menjadi favourite bukan saja golongan muda, malah golongan yang dah reput tulang sekalipun tak rela tertinggal dalam dunia fesyen. Mungkinkah pakaian itu jugak akan berada pada tubuhnya saat tak bernyawa lagi?


Anugerah yang dikejar juga tak kurang hebatnya, artis lelaki popular, pelakon wanita popular, pengacara tv lelaki popular, penyampai radio wanita popular…semuanya nak popular. Persoalannya popular dimata siapa? Bila pulak kita nak jadi popular dalam kalangan penghuni langit? Lihatlah saat kewafatan Sa’ad ibn Muadz ra. Pada saat kewafatannya, bergegar ‘arasy Allah. Lalu malaikat Jibril turun bertemu Rasulullah SAW dan bertanya, “Siapakah hamba soleh yang mana ‘arasy Allah bergegar kerana kematiannya?”. kerana ‘arasy Allah begitu gembira dengan ketibaan ruh Sa’ad ibn Mu’adz.


Firman Allah, surah al-Hujuraat ayat 13: “Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah daripada kalian adalah orang yang bertaqwa”.

Saturday, April 2, 2011

Kisah Benar Bob Lokman

ALHAMDULILLAH Setelah aku melalui segala jalan syahwat, ALLAH memberikan aku gambaran AKHIRAT. Maka aku mula berjalan mencari kebenaran dan semalam 16 Rabi'ul awal, aku melangkah masuk kedalam gerbang hijau yg bertonggakkan Ulama' yg sangat ditakuti oleh pencinta dunia.






Mengalir airmata bila borang ahli disambut oleh DS Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah. Biar pun aku bukan sesiapa dikalangan orang PAS, tapi aku dapat merasakan kehangatan persaudaraan yg dihulurkan oleh mereka.

Aku menjadi insaf dikalangan anak2 muda PAS yg rugged tapi ikhlas dalam perjuangan dan aku merasa amat malu diperhatikan oleh mereka bilamana aku merasa seperti seluruh hidup aku sebelum ini diselubungi syahwat keduniaan hingga aku merasa aku teramat tua dikalangan mereka. Terlintas juga dibenak ku, mungkin kerana anak2 muda inilah orang bijak pandai seperti Mahathir menolak PAS.



Biarlah tua, biarlah bertongkat, tapi sekarang aku tahu ALLAH maha pengampun dan penyayang. Maka oleh kerana itu aku akan patuh kepada kehendak ALLAH dalam ayat 104 Surah Aali-Imran. PAS akan aku jadikan wadah perjuangan utk mempopularkan ALLAH kepada mereka yg belum kenal akan kekuasaanNYA. Aku jadi insaf betapa aku yg lahir dalam keluarga Islam keturunan Ulama', terabai dengan kefahaman Islam yg pernah diterapkan kedalam jiwaku. Apatah lagi mereka yg tidak pernah tahu mengenai Islam, bagaimana mereka akan merasa takut pada ALLAH. Utk itu sekali ini aku akan terus bercerita kepada sesiapa sahaja sesuatu yg membuatkan mereka bertaqwa kepada ALLAH.



Lagikan setiap ibu bapa sayangkan anak2 yg dilahirkan, inikan pula ALLAH yg menciptakan kita dan segalanya. Biar pun Iblis dan yahudi memang dilaknat oleh ALLAH, namun satu masa dahulu mereka adalah hamba ALLAH yg baik. selepas itu dengan takdir ALLAH mereka dijadikan sebagai contoh buruk kepada sesiapa yg tidak bertaqwa kepada ALLAH. Ini Kuasa ALLAH. kalau tiada keburukan kita tidak pandai menilai kebaikan sebagai mana kalau tiada ketaqwaan maka tiadalah kita mengerti bahawa ALLAH itu maha diatas segalanya.



Hari ini bila jiwa berada didalam PAS, ada satu semangat baru yg membuatkan aku berfikir mengapa ALLAH menjadikan aku. Pagi tadi bila ada member2 yg bertanya, mengapa aku menganut PAS, aku tahu bahawa aku sudah diterima utk bekerja oleh ALLAH. Inilah masanya untuk berubah dan mengubah sebahagian besar kenalan, kepada jalan baru bagi mereka yg fasiq.



Belum ramai yg menerima Islam sebenar. Kalau tidak sudah tentu Malaysia diperintah oleh Ulama'. Masalahnya siapa yg Islam dalam orang Melayu? Utk mereka yang mencari jawapan bacalah Sirah Rasulullah berulang kali, maka kita akan nampak siapa Abu Bakar, siapa Abu Jahal dan siapa Abdullah bin Ubai dalam bangsa Melayu. Kerana itulah aku memohon utk masuk PAS. Lepas ni kita akan baca ada yg marah dgn apa yg aku kata. Itu biasa, sebagaimana ada orang yg marahkan harimau membunuh lembu.



Ini kerana kita tidak mengerti SUNNATULLAH. Kalau kita susah di dunia, kita lupa bahawa itu kehendak ALLAH, apatah lagi bila kita mewah.



Sudah berkali-kali PAS kalah dalam pilihanraya. Memang susah nak menang kerana ini bukan perang Badar dimana Malaikat juga turun berperang dengan perintah ALLAH. Janganlah mengharapkan Malaikat turun beratur dipusat2 mengundi yg diadakan oleh suruhan jaya pilihan raya yg tidak mengikut suruhan ALLAH. Ini demokrasi omputeh yang memberikan peluang kemenangan kepada org yg mempunyai syahwat duniawi.



Kerana itu perlunya kita memperkenalkan Islam adalah sistem terbaik utk mentadbir dunia kepada manusia Malaysia. Ini adalah kerana ramai manusia lupa bahawa ALLAH yg mencipta dunia dan hanya hukum ALLAH sahaja yg sesuai dilaksanakan. Mereka yg menolak selalunya mereka yg tidak tahu apa hukum ALLAH.



Selalunya mereka ditakutkan oleh yahudi yg memang mengetahui apa isi Al Quran dan mereka telah tahu lebih awal melalui Taurat bahawa Islam itu perfect dan mereka tidak mahu kita menjadi ummat Muhammad. Maka kita akan luput dari mendapatkan Syafaat Rasul dipadang Mahsyar nanti.



Dan kali ini aku bersedia utk berjuang dengan PAS, dan aku bersedia untuk kalah setelah menjalankan segala syarat2 perjuangan.



YA ALLAH, BERIKAN KEMENANGAN KEPADA PAS, SEKIRANYA MEREKA LAYAK UNTUK MENERIMA HADIAH KEMENANGAN DARI MU, DEMI ISLAM BERKEMBANG SUBUR DI BUMI MALAYSIA YG DULU TERIKAT DGN PERIKATAN DAN KINI KAKU DALAM BARISAN.



http://boblokman.blogspot.com/

Friday, April 1, 2011

Peringatan Buat Para Pejuang

Berkata As-syahid Al-Imam Hassan Al-Banna:




1. Sesungguhnya ramai yang mampu berkata-kata dan sedikit dari mereka yang bertahan dalam beramal dan bekerja. Ramai pula dari yang sedikit itu yang mampu bertahan di waktu beramal dan sedikit dari mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan berat. Para Mujahidin itu adalah angkatan terpilih yang sedikit bilangannya tetapi menjadi penolong dan menjadi Ansarullah. Adakalanya mereka tersilap tetapi akhirnya menepati tujuan sekiranya mereka diberi Inayah dan Hidayah oleh Allah.



"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk" (Al-Qashash:56)



"Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam" (Al-Ankabut:6)



2. Sesungguhnya ujian-ujian Allah adalah PROSES PENAPISAN, untuk menapis orang yang benar dan yang bohong; orang yang beriman dan Munafik; orang yang sabar dan gopoh.

"..dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir" (Ali-'Imran:141)



"Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk(munafik) dengan yang baik (mu'min). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendakiNya di antara rasul-rasulNya. Kerana itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasulNya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar" (Ali-'Imran:179)



"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antar kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu" (Muhammad:31)



"Musa berkata kepada kaumnya:'Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakanNya kepada siapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa" (Al-A'Raaf:128)





3. Sesungguhnya da'wah berdiri di atas keazaman, bukan di atas kemudahan.

"Allah berfirman:'Jangan takut (mereka tidak akan dapat membunuhmu), maka pergilah kamu berdua dengan membawa ayat-ayat Kami (mu'jizat-mu'jizat); sesungguhnya Kami bersamamu mendengarkan (apa-apa yang mereka katakan)," (Asy-Syu'araa':15)



4. Orang yang beriman apabila diganggu Syaitan, mereka cepat sedar dan kembali kepada Allah.



"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. Dan teman-teman mereka(orang-orang kafir dan fasik) membantu syaitan-syaitan dalam menyesatkan dan mereka tidak henti-hentinya(menyesatkan)" (Al-A'raaf:201-202)